Thursday, July 30, 2015

TEASER #1: CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL


Aku menoleh. Encik Ben tersenyum memandang aku. 
Ya. Encik Azhar Benjamin, adik kepada Encik Azhar Bunyamin,
anak kepada Dato’ Azli Bernard. Dialah bos aku yang sangat macho, handsome dan sewaktu 
dengannya. 

Pagipagi sudah buat hati aku bergoncang kerana pagi-pagi dia akan mengoncangkan
partition aku. “Ada, Encik Ben. After lunch...” “Tak, saya tanya. Awak ada janji ke dengan saya hari 
ini, kebetulan kita pakai baju warna yang sama?” “Oh...” Kebetulan, hari ini aku berbaju kurung 
berwarna hijau daun pucuk pisang dan dia pula memakai kemeja berwarna hijau cerah. Aku tersenyum.

Baru aku perasan hari ini sama warna. Sebenarnya, semalam pun sama. Kelmarin juga sama. 
Sebenarnya sudah lama perasan, tapi saja buat-buat tak perasan. Nanti dikatakan perasaan!
“Nama pun kebetulan kan, Encik Ben.” “Ya ke? Atau awak scordeng susunan baju saya dalam almari?”

“Pandai Encik Ben buat lawak. Macamlah saya ni isteri Encik Ben pula sampai tahu baju apa pula nak pakai.” Encik Ben tersenyum. “Mana tahu, daripada menguruskan jadual saya, sampailah ke baju saya nanti?” “Pula! Saya tak naklah jadi yang nombor dua.” “Kenapa mesti nombor dua?” “Habis, Encik Ben nak letak Cik Maira dekat mana pula?” “Ya Allah!” Encik Ben menepuk dahinya. “Kenapa?” Aku mengerut dahi. 

“Nasib baik awak ingatkan dia pada saya. Saya terlupa nak ambil dia di airport! Okey, saya keluar sekejap. Nanti Maira tu mengamuk pula.” Dia mencapai kotnya dan berlalu. Aku ketawa. Apalah bos aku ni, tunang sendiri pun lupa. Dia pun tak ada cakap dengan aku untuk ingatkan. Kalau tidak, sudah tentu aku akan ingatkan dia. Tak pasal saja nanti kena marah dengan Cik Maira tu. 

Cik Maira tu bukan boleh nak tunggu-tunggu. “Kau ni, Na.” “Apa?” “Aku ingat kau ni serba tahu sangat, rupanya ada juga benda yang kau tak tahu ya?” Aku mengerut dahi. “Apa maksud kau?” “Tentang perasaan... Perasaan Encik Ben pada kau.” 

Thursday, July 23, 2015

TEASER #3: CITRA CINTA ARSYA - FAIZ MD NASIR


ARSYA memandang kosong ke luar jendela.
Fikirannya melayang entah ke mana. Jiwanya kacau dan hatinya celaru. Dia cuba menahan air mata dari terus menitis.
Namun, kegagalan makin menghampiri. Dia sudah tidak dapat menahan air mata itu.
Akhirnya, air mata mula mengalir keluar lalu mengalir di pipinya. Arsya memejamkan matanya rapat-rapat.
Sedih. Dia terlalu sedih. Peristiwa itu bermain di layar ingatannya. Suara tangisannya mula bergema di ruang kamar itu.

Masih tergambar di fikirannya. Hidupnya yang selama ini penuh rahsia akhirnya terbongkar segala busuknya. Satu demi satu rahsia yang merunjam tubuhnya umpama pedang yang dihunus oleh pahlawan yang tiada matanya.
Di saat di sudah jatuh menyembah bumi dek dugaan yang maha hebat itu, sekali lagi dirinya diuji. Di suatu keraian yang dihadiri mereka yang punya darjat dan harta, di situ maruahnya dilambung dan dipijak sesuka hati.
Heykal dirampas dari tangannya. Kemudian, tubuhnya disakiti di sebuah tempat yang sangat asing pada pandangannya. Apabila dia sedar dia sudah berada di rumah ini. Dia sudah berada di dalam keluarga ini.
Arsya mengetap bibir. Air mata masih galak membasahi pipinya. Tubuhnya bergetar menahan tangisan.

Air mata ini... air mata ini jadi saksi. Hari ini aku menderita... kau ketawa.
Hari-hari sebelum ini aku menangis... kau bergembira.
Aku akan jejaki kamu semua!
Hari ini air mata jadi teman aku... aku akan pastikan air mata akan menjadi teman kau juga!
Aku tak akan biarkan kamu semua bahagia! Semuanya akan merasa apa yang aku rasa kini!!!
Aku akan tuntut bela. Aku akan kembali!
Aku akan balas dendam!!!

Wednesday, July 22, 2015

TEASER #2: CITRA CINTA ARSYA - FAIZ MD NASIR


Lima pagi, desis hati Khaleeda.
Khaleeda menolak daun pintu kamar tersebut dengan tergesa-gesa. Gadis itu dilihat duduk di atas lantai.
“Arsya takut... Arsya takut! Kenapa semua orang layan Arsya macam ni?! Kenapa?! Semua orang benci Arsya. Kenapa buat Arsya macam ni?! Arsya tak salah!!!” jerit gadis 
itu.


Entah bagaimana, kaki Khaleeda terdorong ke hadapan. Tatkala tiba di hadapan gadis itu, dia tunduk dan meraih gadis itu ke dalam pelukannya.
“Arsya tak pernah ganggu hidup dia orang. Arsya tak pernah kacau hidup dia orang... Kenapa dia orang sakitkan Arsya?! Kenapa dia orang ambil kebahagiaan Arsya?! Kenapa dia ambil Heykal dari Arsya?!!!” Arsya masih meraung.
Syamran dan Dayana yang memerhati daripada tadi, tidak berani mendekati Arsya yang sedang ditenangkan oleh ibu mereka.

“Heykal nyawa Arsya...” Tangisan Arsya masih bersisa. Begitu sayu seperti menggambarkan betapa selama ini, gadis itu sudah lama menderita.
Akhirnya, tangisannya makin reda. Dengan bantuan Syamran dan Dayana, tubuh Arsya dibawa ke katil.
Khaleeda melangkah keluar bilik itu dan menuju ke dapur rumahnya. Sementara menunggu air masak, Khaleeda duduk termenung di situ. Dayana yang daripada tadi sekadar memerhati, merapati dan memeluk bahu ibunya.

“Yana...” sapa Khaleeda pada anak sulungnya itu.
“Mak tengok Arsya macam mak tengok... macam mak tengok Mia.” Perlahan kata itu diucapkan.
Dayana dapat menyelami saratnya rindu yang ditanggung oleh ibunya terhadap adik bongsu mereka, Mia. 

“Mia dah lama tak ada, mak..,” ujarnya pendek.
“Mak tau... mak rindu sangat dengan Mia. Arsya dah macam Mia.”
“Yana tau... dia memang mirip dengan Mia. Tapi mak tak boleh ikutkan sangat perasaan. Mak yang susah nanti,” kata Dayana.
“Yana perlukan mak... Syam perlukan mak... Zairan perlukan mak,” sambung Dayana lagi.
Wajah Khaleeda berubah apabila nama Zairan disebut.
Namun, dia hanya diam saja.

Tuesday, July 14, 2015

TEASER #1: CITRA CINTA ARSYA - FAIZ MD NASIR


JENDELA kamar itu ditutup. Khaleeda menarik langsir lantas menghalang cahaya terang benderang lampu jalan dari menembusi ke dalam kamar tersebut.
Khaleeda menoleh ke arah sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil. Wajahnya tampak sungguh lesu.
Luka yang terdapat pada dahi, lengan serta betisnya sudah disapu ubat. Bukannya Khaleeda tidak mahu menghantarnya ke hospital, tetapi Khaleeda gusar dengan sikap gadis itu yang tidak mahu sesiapa mendekatinya.
Khaleeda belas melihat wajah gadis itu. Dadanya dirundung sebak yang menggunung. Matanya bergenang dengan mutiara jernih.
Ya, hatinya berdetak kuat. Wajah gadis ini mirip dengan wajah arwah anak perempuannya.
Gadis ini dia temui ketika dia dalam perjalanan pulang dari pasar. Ketika itu, gadis itu sedang terbaring, tidak sedarkan diri di dalam celahan
semak di tepi jalan. Dengan bantuan anak lelakinya, Syamran, gadis itu dibawa pulang ke rumah.

Masuk hari ini, sudah dua hari gadis itu menjadi penunggu setia kamar ini. Seharian dia tidak sedarkan diri.
Pagi tadi, tatkala gadis ini sedar dari tidur, dia meracau-racau. Kemudian dia menangis. Menangis dan menangis.
Dia duduk berpeluk lutut. Hati Khaleeda seringkali tersentuh apabila melihat gadis ini menangis.
Entah mengapa, hatinya terasa dekat dengan gadis ini.

Sunday, July 12, 2015

TEASER #3: CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO - ERY AIERIL


Fariz diam.
Tiba-tiba jantungnya berketar kencang. Mulut Fariz memang benar-benar berat untuk berkata-kata. Mata tak berkelip pula memandangperempuan singa itu.
Dah kenapa jantung aku ni? Dengan minah 
berlagak ni pun, boleh buat hal!


Sekejap! Aku baru perasan. Comelnya dia ni. Mata dia bulat, mulut tu kecik aje. Macam mulut burung.
Bila dia buat muka macam ni, tak tahu 
kenapa aku suka sangat tengok. Rasa macam tak nak lepas tengok dia walaupun seminit.

Kenapa mesti dia? bisik hati Fariz. Dia keliru.

Liyana sudah menggeleng. Sakit pula hatinya. Pandangan dibuang tepat ke muka lelaki itu. Memang lelaki itu mahu kena lagi dengan serangan mulutnya. Orang cakap dengan dia boleh pula termenung!
Bagi Liyana, perangai lelaki itu ada saja yang tidak kena. Tapi handsome juga dia tu! Nasib baik kulit tu putih. Setelah dibelek, sesuailah juga rambut karat lelaki tu dengan diri dia yang berupa tak siap tu.
Fariz pula masih tidak berkutik. Insan di hadapannya itu memang sudah meranap segala perhatiannya. Hatinya kala itu masih berdegup kencang.
Dari duduk, Liyana sudah berdiri. Dia sudah 
berdehem untuk mematikan lamunan lelaki itu.


“Ehem! Ehem!”
Fariz tersedar daripada lamunan yang dah sampai entah ke mana itu.
“Apa kes?” soal Liyana sedikit angkuh.
“Apanya?”
“Macamlah saya tak tahu.”
“Apa ni?! Saya tak fahamlah.”

“Tak payahlah nak tengok saya sampai macam tu sekali! Itu hah! Cappuccino amoi cantik awak tu dah siap! Bayar, lepas tu balik. Saya tak ada selera nak tengok muka ala Hollywood awak yang tak menjadi tu! Elok rambut tu warna hitam nak diwarnakan. Tak tahu dosa ke apa! Dah! Cepat bayar!" suruh Liyana.
Membulat mata Fariz. Telinga tak salah dengar kan? Perempuan tu mengutuk rambutnya?
Fariz melepaskan satu helaan nafas geram.

TEASER #2: CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO - ERY AIERIL


“Kalau awak nak oder cappuccino awak tu, awak oder ajelah. Tak payahlah nak tunjuk dekat saya siap cakap saya ni amoi cantik! Saya tahulah saya ni cantik. Ingat saya ni duta Coolblog ke apa? Cakap cappuccino aje sudahlah. Tak payahlah nak guna kecantikan saya ni nak oder cappuccino awak tu. Dahlah oder sama! Macam dah tak ada flavor lain aje nak oder. Menyibuk!” balas Liyana dengan sedikit tidak puas hatinya.

Fariz Aiman mencebik mulut. Bersabar wahai, Fariz. Cuba bertenang. Senang aje nak 
melayan perempuan macam ni.

“Saya nak cakap sikit boleh?”
Liyana diam. Sedikit angkuh dari segi gayanya. Malas nak layan!
“Perasan juga kan awak ni! Siap mengaku diri tu cantik! Cantiklah sangat! Cantik tahap keberapa? Boleh beritahu? Ada tahap super model tak?” perli Fariz lalu menggeleng perlahan.
“Apa awak cakap?! Awak…”
“Sebelum awak nak cakap lagi, izinkan saya sambung lagi. Suka hati saya la nak cakap apa pun! Ini mulut saya. Saya guna mulut awak ke nak cakap? Satu lagi. Saya memang suka cappuccino. Berjuta rakyat Malaysia suka cappuccino. Ingat awak seorang aje ke yang suka? Lagipun kan, setiap kali saya datang sini saya akan pesan cappuccino. Kalau awak tak percaya, tanyalah akak ni! Dia tahu apa yang saya suka,” tunjuk Fariz kepada pekerja kedai tersebut.

Pekerja kedai tersebut hanya tersenyum. Sekejap! Macam comel aje dia orang ni. Kalau tengok lama-lama dia orang ni, padanlah pula. Seorang handsome, seorang cantik. Padan! gumam perempuan tersebut.
Liyana mendengus kuat. Dia sudah berpeluk tubuh. Lelaki di hadapannya itu memang nak kena semburan setiap patah katanya. Mata tu sinis aje.

“Dah habis?”
“Tak payah nak perli saya la. Nak cakap, cakap. Kalau tak nak cakap, diam.”

TEASER #1: CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO - ERY AIERIL



Cappuccino?
Mocha?
Bingung pula. Okey!
“Kak, saya nak cappuccino dua. Tambah sekali Pearl yang comel tu,” ujar Liyana Damia kepada pekerja kedai Coolblog tersebut. Dia tersenyum.
“Okey, dik. Tunggu sekejap ya.”
“Lama tak?”
“Macam biasalah. Nak ketuk air batu lagi. Itu yang lambat.”
“Amboi kak! Bukan dah sedia hancur ke?”
“Saja mengusik.”

Liyana menggeleng. Tak habis-habis kena usik.
Kalau dia datang ke kedai itu, mesti terkena usikan daripada kakak itu. Bukan usikan yang memakan hati tapi sekadar menceriakan hari saja.
“Kak, saya pun nak cappuccino macam amoi cantik tu! Tambah Pearl lepas tu bagi padat. Tak nak bagi ada ruang sikit pun. Mampat tau!” ujar si mamat lalu menunjuk ke perempuan di sebelahnya itu.
Dalam leka membalas SMS, Liyana perasan dirinya sedang diperkatakan. Pelik.

Siapa pula lelaki ni? Siap cakap aku amoi cantik lagi! Kenal pun tidak! Takkan kawan Facebook aku kut?
“Hai...,” sapa beliau. Tangan ke belakang.
“Maafkan saya ya.” ujar Liyana.
“Awak ada buat salah ke? Kenapa nak minta maaf?” soal si mamat.
“Memang ada.”
“Apa dia?”
“Kita kenal?”
“Tak,” geleng lelaki itu perlahan.
Liyana tersenyum sumbing. Senyum sinis namanya tu.
“Bagus!”
Berkerut dahi si mamat. Tak faham. Dia menjongket bahu.

Wednesday, July 8, 2015

TEASER #4: LOVE LETTER - MINZHEE



“You know what Lis, saya rasa macam pernah jumpa awak sebelum ni. Tapi saya tak ingat, mungkin awak boleh ingatkan saya?” Hadif cuba menduga Nelissa.

“Saya tak rasa saya pernah jumpa encik dekat mana-mana sebelum ni,” ringkas Nelissa membalas.

“Really? But you look very familiar.”

“Muka macam saya bersepah dekat luar sana, sebab itulah kut encik rasa macam pernah jumpa saya.”

“Hell no, you have no idea how special you are...” Hadif menggumam perlahan.
“Nelissa... Dulu awak pernah sekolah dekat Penang kan?” soal Hadif lagi setelah berdiam seketika.

“Errr... Mana encik tahu?” tanya Nelissa sedikit ragu-ragu.

“So it was really you...” Suara Hadif tiba-tiba bertukar ceria. Eleh, Hadif berlakon aje ni. Dari awal dia memang sudah tahu yang Nelissa ni junior dia di sekolah.

“Apa maksud encik?” Nelissa tidak faham langsung dengan kata-kata Hadif itu.

“Saya pun pernah sekolah dekat sekolah yang sama. So in short I’m your senior back then...” ujar Hadif sambil tertawa. Dahi Nelissa makin berkerut, dia mula memikirkan sesuatu.

“Errr... Boleh tak saya nak tahu nama penuh encik?” Di dalam kepala Nelissa sudah muncul satu nama yang sudah lama dia lupakan.

Hadif mengubah kedudukannya supaya menghadap Nelissa. Dia tersenyum.

“Nama saya Afzhan Hadif Bin Amran Khalid.”
Sepatah-patah Hadif menyatakan nama penuhnya. 
Bibir masih dihiasi dengan senyuman seksinya.

Nelissa jatuh rahang.
Bull’s-eye!!!
Memang betul si ‘dia’.

Thursday, July 2, 2015

Teaser #2: GINCU MERAH JAMBU - AIMA CHAN



Lihatlah luka ini, yang sakitnya abadi,
Yang terbalut hangatnya bekas pelukmu,
Aku tak akan lupa, tak akan pernah bisa,
Tentang apa yang harus memisahkan kita,
Saatku ternanti, tanpa kau di sini,
Kau tetapku nanti demi keyakinan ini,
Jika memang dirimulah tulang rusukku,
Kau akan kembali pada tubuh ini.... 


SEMAKIN kuat bait lirik lagu dari Last Child Ft Giselle dengan tajuk Seluruh Nafas Ini itu bermain dalam pemikiran Laila, semakin kuat dia menumbuk punching bag yang tergantung di hadapannya. Rasa sakit pada kedua-dua belah penumbuk tangannya kini sudah tidak dihiraukan lagi kerana Laila mahu mengusir rasa sakit yang bermain dalam hatinya. Rasa sakit yang tidak kelihatan itu lebih perit daripada kesan merah dan lebam pada kedua-dua belah penumbuknya ketika ini. “Dah berapa kali aku pesan, jangan ikutkan perasaan sangat, Laila. Aku tak kira, aku nak campak keluar punching bag kau tu dari rumah ni.” Nabilah sudah tidak tahan. “Ja... jangan, Bel. Aku beli mahal punching bag ni. Ka.. kau tak boleh buang macam tu saja. Ini harta aku.” “Laila... sampai bila kau nak fikir pasal Am? Lupakanlah lelaki tak guna tu, Laila. Takkan kau nak hancurkan masa depan kau ni kerana ingatan lama kau pada Am?”

Nama itu disebut Nabilah berkali-kali.
Am, atau nama penuhnya Syed Amran bin Syed Alman. 
Lelaki yang telah mengubah hidup Laila.
Yang telah menghancurkan masa depan Laila, membuatkan dia hidup dalam ketakutan.