Tuesday, June 30, 2015

Teaser #3: LOVE LETTER - MINZHEE



“Lis, saya tak masuk pejabat petang ni. Saya kena balik, ada emergency. Awak boleh balik sendiri tak?” Tiba-tiba suara Encik Zaid mencecah pendengarannya.
“Oh, tak apa. Saya okey aje. Bos jangan risaukan saya.”
“Awak telefon teksi, nanti claim.”
“Errr... Encik Zaid, kalau tak keberatan biarlah saya hantar Lis balik ke pejabat. Tak menyusahkan pun, sehala kan kita?”” Hadif menghulurkan tawaran.
“Saya rasa better awak balik dengan Encik Hadif la, Lis.” Akhirnya Encik Zaid bersuara.
“Come on, this way...” tunjuk Hadif dan kakinya mula mengorak langkah.
Kaki Hadif berhenti di sebuah kereta, berjalan ke arah sebelah penumpang dan membukakan pintu untuk Nelissa. Nelissa sudah termangu-mangu. Alahai... tidak perlulah sampai bukakan pintu bagai.
“Eh, tak apa. Saya boleh buka sendiri.” Nelissa sudah serba salah. Sudahlah dia menumpang Hadif, boleh pula siap pakej dengan bukakan pintu. Dia bukannya tuan puteri pun...
“It’s my pleasure, lady,” ujar Hadif sambil mengenyitkan matanya kepada Nelissa.
Oh my God. Kenapa dengan mata dia??? Sakit ke?
Nelissa tidak selesa dengan Hadif yang begitu.
Nampak pelik dan menyeramkan!!!

Tuesday, June 23, 2015

Teaser #2: LOVE LETTER - MINZHEE



Sudah lama Hadif tidak masuk ke laman Facebook. Kerjanya yang sentiasa menimbun itu sudah cukup memeningkan kepala, mana ada masa nak bermain Facebook bagai.
Kebanyakan post di Facebook merupakan ucapan tahniah daripada kawan-kawan kepada Zariel, sahabatnya yang bakal bernikah. Tiba-tiba...

Macam kenal aje... Siapa ni? Hadif bermonolog sendiri sambil meneliti satu post ucapan tahniah di situ.
“Ehhh...” Panjang harakat ‘eh’ Hadif. Terkejut punya pasal!
Ni kan... Nelissa? Cik setiausaha yang marah-marah tadi?

Hadif terus meneliti Timeline Facebook Nelissa, dan penemuan status Nelissa berkenaan kejadian siang tadi menguatkan lagi bukti yang Nelissa ini ialah orang yang sama.

* Uhui, malu much!!! Mana aku tahu dia tu klien yang penting sangat tu!!! Tak pasal-pasal aku dah termengamuk dekat dia! *

Hadif sudah tersenyum lebar. Tangannya pantas melarikan tetikus untuk meneliti profil si gadis. Laju saja dia hendak menekan butang untuk Add Friend. Mana boleh tunggu lagi, peluang dah ada depan mata. Tapi rupanya...

Mereka memang Friend.
Hadif melopong. Bila masa? Kenapa dia terlepas pandang gadis manis ini? Eee, rugi-rugi.
Airis Nelissa.
Sekali lagi Hadif menyebut nama penuh Nelissa, suka...
****************************************
UHUK, UHUK...
Nelissa tersedak. Habis dia terbatuk-batuk. Perit rasanya tekak dek tersedak nasi yang dimakannya.
“Siapalah yang menyebut nama kau sampai tersedak gini...” Hani mengusap-usap perlahan belakang badan Nelissa.

“Awal pula kau balik hari ni, Lis?” Hani membuka mulutnya untuk bertanya apabila Nelissa sudah tenang.
“Hmmm... Tadi mesyuarat dengan Exile Group tu dah selesai, so kita orang macam dah free sikitlah.”
“Projek besar ya?” Teruja Hani bertanya.
“Hmmm... Yalah kut. Dato serius gila untuk projek kali ni. Lagipun bos Exile tu susah nak dilayan.” Nelissa mencebik. .
“Ooo... Ni mesti klien jenis Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri kan?”
“Tak adalah... Muda lagi kut, takkan dah tittle Dato? I don’t think so.”
“Muda? So, handsome la ni?” Bersinar mata Hani.
“Handsome sangat...” tutur Nelissa dalam nada sinis. Matanya sudah dijulingkan ke atas sambil tangannya diletakkan di bahu.

Sebenarnya Nelissa tidak sempat nak meneliti pun wajah lelaki itu, manalah dia tahu kacak atau tidak. Lagipun dah perangai cerewet, mengada-ada macam itu, muka kacak pun akan jadi tidak kacak pada Nelissa.
Sengallah kau ni Lis.

Teaser #1: GINCU MERAH JAMBU - AIMA CHAN




BOOOMMM!!!
Malang memang tidak berbau.
Adra membrek seketika tadi kerana lampu isyarat di hadapannya sudah
bertukar warna. Tetapi, kereta di belakangnya pula yang tidak peka hingga membuatkan wajah Adra sudah selamat mencium stereng, sama seperti buntut keretanya.
Adra melangkah laju menghampiri Lancer yang sudah ‘menang loteri’ hari ini. Pintu pemandu kereta itu masih belum terbuka, begitu juga dengan tingkapnya yang cukup gelap.
Cermin kereta itu terus diketuknya berkali-kali.
Hampir sahaja Adra mahu menendang tayar Lancer itu dengan kasut ‘kebal’nya, tiba-tiba pintu kereta dibuka.
“Ingatkan dah tak berani nak keluar tadi. Maklumlah, orang dah buat salah. Taktik takut nak mengaku la tu.”
“Excuse me, amoi. Jaga sikit mulut you tu. You lupa nak makan dimsum ke tengah hari ni sampai nak sembur I tak tentu pasal. Ada ke I cakap I tak nak mengaku salah?”
“Habis tu, yang you tak nak keluar tu kenapa? Dah la langgar kereta orang, poyo pula tu.”
"Pasal kereta you ni, I akan bayar. Berapa sangatlah nak repair kemek sikit tu. Nanti I call orang I untuk hantar kereta you pergi bengkel. You jangan buat hal ni jadi lagi complicated la amoi. You balik lunch, biar hati tenang sikit meh.”
Lebih kurang 20 minit kemudian, barulah dua buah lori penunda datang menghampiri kereta mereka.
Sempat dia melirik melihat cermin sisi kereta sebelum ditunda. Terkejut Adra melihat bibir dan pipinya yang sudah comot dengan palitan gincu merah jambu yang dipakainya.
"Patutlah mamat tu tak nak berhenti tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia memang gelakkan aku rupanya.”
Sedang membetulkan penampilannya yang sudah serabai, telefonnya tiba-tiba mula berdering riang.
Melihatkan nama si pemanggil yang tertera di dada skrin, wajah Adra sudah mula berubah pucat.
Dengan lambat dan teragak-agak, dia akhirnya menjawab juga panggilan itu.
“You kat mana, Adra? Kenapa you tak call I hah?”
Itulah soalan pertama yang menerjah telinga Adra tanpa sempat dia bersuara apa-apa.

Saturday, June 20, 2015

Teaser #1: LOVE LETTER - MINZHEE



“Encik!!!” Kuat suara Nelissa memanggil.
“Me?”
“Ada orang lain ke dekat sini?”
“Errr... Tak, tak ada. Kenapa ya, cik? Ada apa-apa boleh saya bantu?”
“Memang ada! Boleh tak sekurang-kurangnya encik minta maaf lepas encik langgar saya sampai jatuh tergolek?”
“Maafkan saya cik, saya memang betul-betul tak perasan. Tadi tu saya tengah on the phone dengan pelanggan penting saya. Maafkan saya...”
“Lain kali jalan tu pandang depan, jangan pakai redah aje!” marah Nelissa lagi sebelum dia mengutip fail di atas lantai kemudian melangkah pergi.
“Tuan Hadif!”
“Jomlah, dah nak lambat dah ni.” Hadif bersuara tegas.
Kakinya pula sudah diayunkan dengan penuh berkarisma menuju ke arah tempat yang ingin dituju.
Kehadiran mereka disambut hormat oleh pemilik syarikat, Dato' Karim dan
para pekerja yang turut berada di dalam bilik mesyuarat itu.
Ahah... Kalau dah berjodoh tu memang asyik berjumpa sahaja kerjanya.
Nelissa yang terasa dirinya lama diperhatikan lantas mengangkat kepalanya daripada tertunduk. Senyuman manis yang terukir di bibir mungilnya mati serta-merta. Liurnya terasa sukar untuk ditelan.
“We meet again...” Suara Hadif separuh menggoda dengan senyuman nakalnya masih tersungging di bibir.
“Eh, awak pernah jumpa dengan Hadif, Lis?” Suara Dato Karim yang terkejut pula mencecah pendengaran Nelissa.
Nelissa terasa mahu pitam. Nampak gayanya dia perlu membeli surat khabar dan pen marker la selepas ini, lepas tu luangkan masa di ruangan iklan kerja kosong.
Matilah dia kena buang kerja lepas ni...