Sunday, January 11, 2015

BILA HATI BERAHSIA - NORRA HASSAN


PETIKAN:

CIRI-CIRI lelaki idaman aku.

Pandai mengambil hati, bijak (bukannya spesis yang bijak mengambil kesempatan atau 

bijak sampai menjahanamkan dunia), romantis, manis senyumannya, kacak (sebenarnya 

tidaklah perlu kacak sangat, sekurang-kurangya sedap mata memandang), ada harta (tapi 

bukannya anak jutawan atau hartawan), kelakar (tapi tidaklah sampai berotak sengal dek 

gila membuat lawak setiap masa), beriman (tidak perlu setaraf ustaz, paling tinggi pun 

boleh menjadi imam solat aku), bertanggungjawab, berbudi-bahasa dan sanggup melutut 

di hadapan aku sambil melafazkan cintanya.



Paling tidak pun, dia macam Fitri… Fitri lagi?! Aku dah jatuh cinta dengan dia kah? Harap-

harap tidaklah. Aku tidak layak bergandingan dengan dia. Lagi pun, aku tidak mahu 

berperang dengan angkatan peminatnya. Buat sakit jiwa aku saja.



Bilakah si dia akan menjelma di hadapanku? Dengan membawa setangkai mawar di 

tangan, dia mengungkapkan cinta yang menggetarkan rasa.