Wednesday, August 5, 2015

TEASER #3: CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL


Cepat saja aku masuk ke dalam kereta Encik Bun
dan menghidupkan enjin. Baru saja hendak keluar dari
pekarangan rumah itu, ada sebuah kereta Porsche berwarna
hitam, meluncur masuk tak agak-agak menyebabkan aku
berhenti mengejut.

 Huhhh... Nasib baik tak kena.
Dia keluar dan mengetuk cermin pintu kereta itu.
“Tahu bawa kereta ke tak?”
Aku tergamam. Siot mamat ni! Dia yang tak tahu,
atau aku yang tak tahu?
Aku membuka tingkap kereta itu.
“Encik...”
“Carl Adham.”
Eh, mamat ni. Siapa tanya nama dia entah...

“Encik, kalau naik bas pun, orang yang menunggu
akan bagi peluang orang keluar dulu, daripada masuk.
Serupalah macam situasi sekarang, bagilah saya keluar
dulu, barulah masuk.”

“Oh, saya tak pernah naik bas.”
Kekwatnya?
“Sudahlah, saya dah lambat.”
Aku terus menutup tingkap dan berlalu. Tapi,
hati... rasa sakit. Hesy!

Sunday, August 2, 2015

TEASER #2: CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL






"Hah... Rendamkan kain tu dan perah, letakkan atas dahi."

"Baik."
Aku menurut. Aku meletakkan atas dahi Encik Bun.

Encik Bun Menepis tangan aku.
"Sejuk,"
Aku letakkan lagi atas dahinya.

"Memanglah sejuk, Encik Bun. Nama pun letak ais."
"Sikit saja. Nak baik demam tak?"
Encik Bun diam saja.

"Hah... Kalau mulut aku mula nak membebel,
semua lelaki menjarakkan diri sepuluh kaki.

Mujur saja Encik Bun tak larat, kalau tidak, dia pun sudah berlari.
Datin Harizah tersenyum. "Macam ni Bun, kamu kahwin saja dengan Aerna. Habis cerita.
Sakit demam boleh Aerna tolong jaga."

"Bun dah ajak dia kahwin, tapi dia tak mahu."
Sempat pula Encik Bun tu.
Aku ketawa. "Hesy, Datin ni. Agak-agaklah sikit. Orang tengah sakit,
Datin buat lawak antarabangsa pula.
Karang dia mengidam nak kahwin, naya saya nanti.
Okeylah Datin, saya nak balik pejabat. Nanti Encik Ben cari pula."