Thursday, July 30, 2015

TEASER #1: CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL


Aku menoleh. Encik Ben tersenyum memandang aku. 
Ya. Encik Azhar Benjamin, adik kepada Encik Azhar Bunyamin,
anak kepada Dato’ Azli Bernard. Dialah bos aku yang sangat macho, handsome dan sewaktu 
dengannya. 

Pagipagi sudah buat hati aku bergoncang kerana pagi-pagi dia akan mengoncangkan
partition aku. “Ada, Encik Ben. After lunch...” “Tak, saya tanya. Awak ada janji ke dengan saya hari 
ini, kebetulan kita pakai baju warna yang sama?” “Oh...” Kebetulan, hari ini aku berbaju kurung 
berwarna hijau daun pucuk pisang dan dia pula memakai kemeja berwarna hijau cerah. Aku tersenyum.

Baru aku perasan hari ini sama warna. Sebenarnya, semalam pun sama. Kelmarin juga sama. 
Sebenarnya sudah lama perasan, tapi saja buat-buat tak perasan. Nanti dikatakan perasaan!
“Nama pun kebetulan kan, Encik Ben.” “Ya ke? Atau awak scordeng susunan baju saya dalam almari?”

“Pandai Encik Ben buat lawak. Macamlah saya ni isteri Encik Ben pula sampai tahu baju apa pula nak pakai.” Encik Ben tersenyum. “Mana tahu, daripada menguruskan jadual saya, sampailah ke baju saya nanti?” “Pula! Saya tak naklah jadi yang nombor dua.” “Kenapa mesti nombor dua?” “Habis, Encik Ben nak letak Cik Maira dekat mana pula?” “Ya Allah!” Encik Ben menepuk dahinya. “Kenapa?” Aku mengerut dahi. 

“Nasib baik awak ingatkan dia pada saya. Saya terlupa nak ambil dia di airport! Okey, saya keluar sekejap. Nanti Maira tu mengamuk pula.” Dia mencapai kotnya dan berlalu. Aku ketawa. Apalah bos aku ni, tunang sendiri pun lupa. Dia pun tak ada cakap dengan aku untuk ingatkan. Kalau tidak, sudah tentu aku akan ingatkan dia. Tak pasal saja nanti kena marah dengan Cik Maira tu. 

Cik Maira tu bukan boleh nak tunggu-tunggu. “Kau ni, Na.” “Apa?” “Aku ingat kau ni serba tahu sangat, rupanya ada juga benda yang kau tak tahu ya?” Aku mengerut dahi. “Apa maksud kau?” “Tentang perasaan... Perasaan Encik Ben pada kau.” 

0 comments:

Post a Comment