Tuesday, February 24, 2015

Teaser #2: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA



“Kak Amal... Abang.. Tok Pah panggil balik!” Panggil Iman.
“Jomlah Kak Amal kita balik. Nanti Tok Pah marah. Abang pun sama. Tok Pah cakap kalau Abang dengan Kak Amal tak balik sekarang, nanti Tok Pah ikat kat pokok rambutan,” kata Iman sungguh-sungguh.

Bila dengar pesanan Tok Pah, aku terus pecut lari balik rumah dulu. Iman aku dah tinggalkan kat belakang. Agrhh.. pandai datang pandailah dia balik. Elok aku sampai kat depan rumah, entah macam mana aku boleh jatuh tersembam.

“Ya Allah! Amal!”
Kelam-kabut Tok Pah turun tangga rumah dan berkejar ke arah aku. Aku cuba tahan air mata dari mengalir. Lutut, tangan dengan mulut mula rasa sakit. Perlahan-lahan Tok Pah tarik aku bangun.
“Eii..Kak Amal. Gigi Kak Amal patah!”

Tiba-tiba suara si budak kecil Iman ni datang menyampuk. Tergamam kejap. Aku pandang muka Iman dengan ‘dia’ yang dah terkaku tengok aku. Aku terus pegang mulut. Patutlah rasa macam masin sikit.
Gigi?! Patah! Tsk.. tsk... huarghhhh....
Terus aku teriak bagai nak terkeluar anak tekak kat situ. Aku menangis sekuat-kuat hati. Biarlah kalau satu kampung nak dengar sekalipun. Aku memang dah tak peduli.

“Sudah-sudah. Semua masuk dalam,” arah Tok Pah sambil pimpin tangan aku.
“SAKIT lagi tak gigi Mai?” tanya dia.
Aku hanya mampu angguk kepala dengan sisa air mata masih berjurai kat pipi.
“Dahlah jangan nangis. Orang kan ada,” kata dia sambil kesat air mata aku.
“Alah..patah gigi je. Nanti tumbuhlah balik gigi tu. Kan Amal juga yang cakap dengan mak gigi tu memang dah goyang,” kata mak. Lembut.

“Abang pergi mana tadi?” Mak tanya dia bila aku dah baring atas riba mak.
“Abang pergi main layang-layang dengan Fakhrul."
“Habis tu macam mana Amal boleh jatuh? Abang tak jaga dia ke tadi?” tanya mak lagi.
“Abang pun tak tahu. Tadi Mai lari balik dulu. Tinggalkan abang dengan Iman. Abang pimpinlah Iman balik. Lepas tu bila abang sampai Mai dah jatuh,” terang dia satu-persatu. Aku hanya pasang telinga.
“Lain kali main tu hati-hati. Amal pun janganlah lari. Tengok, bila dah jatuh siapa yang sakit,” kata mak. Aku hanya diam.
“Ibu tahu ke tidak ni, Amal?” Aku geleng kepala.
“Belum tahu lagi. Ibu keluar dengan ayah pergi pekan,” jawab aku. Mak hanya angguk.
“Amal...abang, mari sini. Tok Pah nak bagi hadiah untuk kamu berdua,” panggil Tok Pah.
“Ni untuk abang dan yang ini untuk Amal. Tok Pah buat ni sebab kamu berdua ni lasak sangat. Nanti boleh guna bawak pergi sekolah. Tak adalah bila balik rumah je comot cucu-cucu Tok Pah ni,” kata Tok Pah sambil hulurkan sapu tangan warna putih.

Satu untuk aku dan satu untuk dia. Sapu tangan dia ada gambar lebah tengah terbang dan sapu tangan aku pula ada gambar bunga matahari. Kat hujung sapu tangan tu ada singkatan nama masing-masing.
“Terima kasih Tok Pah. Cantik sapu tangan ni. Abang suka,” kata dia dengan senyuman lebar. Dia memang pandai ambil hati Tok Pah.

“Sama-sama. Tok Pah buat ni betul-betul sepasang. Kamu satu, Amal satu. Jadi, Tok Pah nak kamu jaga elok-elok. Tok Pah dah siap jahit nama sekali. Senang nak kenal nanti.”
Tok Pah senyum lepas dia cakap macam tu. Aku pun senyum sambil belek sapu tangan aku. Tertera sulaman huruf N.A.H kat hujung sapu tangan dengan bunga matahari. Cantik!
“Terima kasih,” kata aku sambil peluk Tok Pah erat.
Tak lama lepas tu, tiba-tiba aku rasa ada tangan yang peluk Tok Pah juga. Bila kalih, aku tengok dia ada kat sebelah. Tangan dia ada atas tangan aku.
Aku senyum.

0 comments:

Post a Comment