Sunday, June 15, 2014

MPH Book Fair

Pada 21 & 22 hb Jun yang lalu, Team October telah dijemput untuk memeriahkan lagi Pesta Buku MPH di Ruang Legar, Bangi Gateway. Kami juga sempat mengundang Syamnuriezmil, Ery Aieril dan juga Izma Qaheira, kesemua penulis di October untuk turut bersama kami. Terima kasih di atas kehadiran mereka.

Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar yang sempat kami snap pada hari itu.











Happy je semua, kan? Lain kali marilah turut serta dalam event October yea!




Sunday, June 1, 2014

CInta Depan Mata karya Kathy Tuah




CINTA DEPAN MATA
Karya: Kathy Tuah
Harga runcit: RM25 (Semenanjung) RM28 (Sabah & Sarawak)
Harga online: RM23 (Semenanjung) RM26 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 978-967-0707-13-6
Terbitan: October

“Kau jangan nak merepek, Liyana! Kita ni bukannya kekasih. Takkan tiba-tiba aje aku nak masuk meminang kau? Mengarut! Tak masuk dek akal, tahu?”

Betulkah hubungan antara mereka tidak boleh bertukar menjadi kekasih? Benarkah perasaan sayang tidak boleh mekar menjadi cinta?

Walaupun Nur Liyana dan Asyraf Zakuan merasakan ia sangat mustahil untuk berlaku, namun mereka akhirnya memilih untuk mencuba. Mencuba bersama atas gelaran tunangan seterusnya sebagai pasangan suami isteri. Asyraf Zakuan sedia melepaskan kekasih hatinya, Fatihah asalkan Nur Liyana tidak terlepas sekali gus jatuh ke tangan Syed Khairul yang sedang meraih cinta daripada gadis itu.

Nur Liyana pengsan apabila Asyraf Zakuan dengan beraninya mengucapkan I love you kepadanya. Namun gara-gara luahan cinta itu, Nur Liyana makin mencintai tunangnya sendiri. Setelah lama bermesra dan jeling-jeling mata, akhirnya rasa cinta itu wujud dalam hati kedua-duanya tanpa dipaksa. Dan Nur Liyana pasti… Asyraf Zakuan pasti… bahawa selama ini, cinta mereka ada di depan mata saja.

Sedang hati hampir bersatu, sedang jiwa sudah sama rentaknya, Nur Liyana digemparkan dengan berita yang tidak pernah disangka-sangkanya. Dia bakal kehilangan Asyraf Zakuan!

“Abang dah tak sayangkan Liyana ke? Nak tinggalkan Liyana sorang-sorang dalam dunia ni? Abang tolonglah jangan tinggalkan Liyana. Liyana tak boleh kehilangan abang. Liyana sayangkan abang. Terlalu sayang,”

“Abang takkan tinggalkan Liyana tanpa sebab, sayang. Ingat tu.”