Monday, February 3, 2014

Petikan Daripada "Dia....Aku Punya" - Izma Qaheira



“Good morning, Encik Fakhri. You cari I?” Gee menegur ramah. Dia berdiri sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Fakhri.


“Dah berapa lama kerja di sini? Ini baru pertama kali you isi borang cutIi? Kenapa tak lengkap?”

Fakhri menolak kertas berwarna hijau yang dipegang tadi kepada Gee.

“Kan I tulis tu. Balik kampung,” bidas Gee.

“Balik kampung untuk apa? Beraya? Kucing meninggal? Itik beranak? Tulis dengan lengkap. Bukan macam budak sekolah rendah!”

Fakhri merenung tajam. Dia sedang berlawan dengan galau hatinya. Wajah Gee direnung sepuas hati. Wajah itu memang tidak memerlukan mekap tebal. Kecantikan semulajadinya menanggam mata Fakhri agar terus melekat kepadanya, terutamanya pada lesung pipit yang menghiasi pipi gebu gadis itu. Ulas-ulas bibirnya yang kecil melengkapkan lagi kecomelan rupa parasnya dan membuatkan tidur Fakhri agak terganggu kebelakangan ini.

“Bos!”
Fakhri tersentak. Dia berdehem.

“Apa you cakap tadi?” Fakhri buat muka selamba.
“Ada majlis perkahwinan di kampung.” Gee menjawab pendek. Dia masih berdiri mengadap lelaki itu.

“Hah! Boleh pun jawab. Kenapa tak tulis di dalam borang tu?” soal Fakhri sebelum dia berhenti sebentar untuk mengambil nafas. “Sebelum bercuti,
selesaikan semua kerja. Jangan menyusahkan orang lain yang akan gantikan you nanti. Macam dah tak ada hari lain nak bercuti. Shauki cuti, you pun sibuk nak cuti juga. Keluar sekarang!” arahnya sedikit keras. Tanpa
bantahan, Gee memusingkan badan untuk keluar dari bilik Fakhri.

“Gee!”
Gadis itu menoleh. “Yes?”
“Selamat pengantin baru.”

Gee merenung Fakhri. Sengaja dia menguntum senyuman manis buat majikannya itu. Pintu ditutup perlahan. Gee meninggalkan Fakhri yang sedang berperang dengan rasa hati sendiri.

Petikan Daripada Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku - Mia Kiff



“Masalahnya sekarang... abang nak, nak, nak, nak jadi suami Kifa! Lantaklah Kifa tak mahu pun, masalahnya kita dah nikah. Kita dah jadi suami isteri. Tak ada sebab kita nak berpisah. Kifa nak abang lepaskan Kifa supaya Kifa dapat kahwin dengan Arri tu kan? Lelaki yang tak bertanggungjawab tu? Apa pun alasan yang dia bagi, dah tak ada guna lagi. Siapa yang ada di sisi Kifa masa Kifa dalam kesusahan? Siapa yang terlalu baik hati tolong Kifa masa tu? Hah, siapa? Abang, sayang! Abang! Suami Kifayah!“ Engku Edry Ashman mendabik dadanya. Kifayah hanya mampu mendengar kenyataan yang sukar disangkal itu. Terdiam dia dibuatnya.

“Kalau pun Arri muncul hari tu, dia mampu ke nak bayar balik duit lelaki boroi yang mak dan ayah Kifa
habiskan tu? Dekat lima puluh lima ribu ringgit tau tak abang berhabis untuk Kifa pada hari tu? Abang tak pernah tau jadi bodoh macam ni kerana seorang perempuan. Tapi demi Kifa, abang sanggup jadi bodoh. Kifa tahu tak betapa hancurnya hati abang atas perbuatan Kifa? Tapi abang sabarkan hati ni. Kalau kita tak kahwin, mak dan ayah Kifa tetap akan cuba lain kali untuk kahwinkan Kifa dengan lelaki tu. Kifa perlukan seorang pelindung Kifa, iaitu abang, bukan Arri. Kifa sendiri tahu macam mana perangai mak dan ayah Kifa yang mata duitan tu, yang pentingkan kemahuan sendiri berbanding kebahagiaan anak-anak,“ terang Engku Edry Ashman akan perasaan yang terbuku dalam hatinya. 

Sebelum membawa Kifayah pulang selepas majlis pernikahan mereka, sempat lagi emak dan ayah Kifayah berpesan kepadanya agar memasukkan wang belanja untuk mereka pada tiap-tiap bulan. Jelas ketara sifat mata duitan mereka. Kifayah sedikit tersentuh. Memang benar sekali tanggapan Engku Edry Ashman. Jika tiada dia, sudah pasti Kifayah kini menjadi isteri Man Boroi. Lelaki ini telah berjasa dengan Kifayah dan Kifayah kini harus membalas jasanya itu dengan bergelar isteri. Kifayah terus menangis teresak-esak, sedih memikirkan masa depannya yang sudah musnah.

“Kalau pun Arri nak Kifa balik, semuanya dah terlambat sebab kita dah nikah. Hal cerai-berai ni, bukan
main-main. Abang dah serik, sayang. Cukuplah hal-hal dulu tu. Abang juga nak membina rumah tangga baru yang kekal bahagia. Abang dah lama simpan hasrat agar Kifa jadi isteri abang. Tapi, abang simpan angan-angan tu sebab Kifa dah ada Arri. Bila peluang datang, abang tak sanggup siasiakan peluang tu. Mulai hari ni, kita mulakan hidup baru. Kifa bukan saja harus ingat, tapi tanamkan dalam diri Kifa yang Kifa sekarang ni, sudah bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Engku Edry Ashman. kenyataan,“ terang Engku Edry Ashman sekali lagi. Jika Kifayah masih belum faham-faham bahasa, dia akan menghantar e-mel atau SMS pula.

Kata-kata itu bagaikan menyedarkan Kifayah akan hakikat yang sudah berlaku dalam hidupnya. Engku Edry
Ashman ialah suaminya dan lelaki itu mempunyai hak ke atasnya. Memang betul kata Engku Edry Ashman, dia telah melakukan kerja gila kerana melarikan diri dengan Arrian menerima Syah sedangkan dia isteri orang.


Petikan "Jangan Bilang Tidak !" Volum 4 - Syamnuriezmil



AKU balik dari tempat kerja, wajah kesayangan hamba dah tersenyum di depan pintu pagar dengan taufufa
di tangannya. Aku nampak dari jauh isi kandungan bungkusan itu.

“Untuk sayang.”

“Terima kasih!”

Aku mengambil bungkusan itu dari tangannya.

“Taufufa?” Aku mengetap bibirku.

“Kenapa?”

“Abang niii.”

“Abang salah apa?”

“Orang kan tak suka taufufa gula putih!”

“Alahhh... Sorrylah, ini saja yang ada.”

“Tak apalahhh. Abang kerja ke petang ni?” tanya aku.

Hafsham mengangguk.

Lama tak lamalah aku berkasih dengan Hafsham, baru nak masuk tiga bulan. Itu pun lama juga dia
mengusyar aku sampai dapat, makan tahun juga! Aku ni kalau boleh, nak jumpa orang tu tak mahulah berkasih lama-lama, aku nak terus kahwin saja, tapi... mak kata aku gataiii pula! Baru nak masuk dua puluh lima tahun, dah nak kahwin. Dia suruh aku kerja dulu bagi stabil, bagi merasa duit aku beri kepada mak ayah, barulah kahwin. Si Hafsham pun setuju dengan mak aku, dia pun nak kumpul harta dulu. Hafsham kerja sama tempat dengan aku, cuma dia tu juruteknik kapal terbang, kerja belakang tabirlah! Syif aku dengan dia, selalu tak sama!

“Orang ambil job pramugari tu,” ujar aku.

Hafsham mengerut dahinya.

“Kenapa?”

“Upgradelah. Takkan nak lepak jaga kaunter saja.”

“Pula!”

“Kenapa? Abang tak bagi ke?” tanya aku.

“Bukan maksud abang nak mengongkong Ana, tapi tengoklah pakaian pramugari macam mana?” ujar
Hafsham sedikit kecewa dengan keputusan aku.

“Pakaian yang macam mana? Sama saja dengan baju yang orang pakai pi kerja tu.”

“At least Ana duduk dekat kaunter, tak jalan-jalan.

Karang kalau jalan, terbelah sana terbelah sini,” ujar Hafsham.

Aku tergelak. Dah memang uniformnya begitu!

Kira panjang jugalah kain aku tu, itu pun aku jahit sikit jangan bagi terbelah besar sangat. Akhirnya, aku berjalan pun macam orang Jepun jalan! Sikit-sikit... orang lain lima minit aje ambil masa nak pi punch kad, aku ambil masa dekat sepuluh minit dari tempat parkir. Huhhh... punyalah payah!

“Abang cakap, Ana ingat abang buat lawak pula!”

“Kalau macam tu, berhenti kerja, abang tanggung Ana. Ana jadi bibik dekat rumah, senang cerita,” ujar aku.“

Pelancaran Permata Hati October

Kami akan melancarkan ketiga-tiga permata hati kami pada 16hb Februari, 2014 di pejabat kami di:

C-12-GB, Jalan prima Saujana 2/B, Seksyen 2, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.

Buku-buku yang akan kami lancarkan pada hari tersebut adalah:

1. Kompilasi Cerpen sejumlah 6 volum karya Syamnuriezmil - Tercipta Untuk Mu

2. Dilarang Masuk ke Dalam Hatiku - Mia Kiff

3. Dia.....Aku Punya - Izma Qahiera



Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan nashkah anda serta beramah mesra dengan penulis-penulis di atas. Mereka juga ada menyediakan souvenier yang khas untuk anda jika anda datang pada hari itu.