Sunday, October 19, 2014

Prolog: Awak Sangat Nakal Karya Syamnuriezmil


“MAK MUNAH sakit telinga, kami datang nak petik bunga.”

“Letak ubat hilang sakitnya, datang petik untuk siapa?”

“Mak Munah beli ikan, datang petik untuk Johan.”

“Beli ikan dekat pekan, kalau begitu setaman bunga kami sediakan!”

“Mak Munah mencari gunting, inilah cincin tanda bunga sudah disunting.”

“Mencari gunting membuat baju, kiranya... kami setuju!”

“Mak Munah hidup mewah... alhamdulillah!”

“Mewah macam mana pun milik Allah, minggu depan depa menikah!”

Aku yang duduk di dalam bilik, tersenyum-senyum macam kambing Pak Akob.

Tetapkan hati, tangan di dada, mata ke atas, yang penting... minggu depan menikah. YES!

Wednesday, September 17, 2014

USING MIND MAPS FOR CREATING NOVELS

Credit: http://nowastedink.com/

Take a word. Place that word in the center of a sheet of paper and circle it. Let the word tease your brain. Allow related ideas, words or concepts to be inspired by this word. Write down those new ideas around the word. Draw lines to connect them. Major categories of your ideas radiate from this central node to lesser categories and sub-branches, creating a spider’s web of images, colors and text. The final form might seem to be a jumble, yet it is a direct mirror to how the human brain thinks. A mind map is a diagramming tool and is used to generate, visualize and classify ideas as well as solving plot problems, and making decisions about which way a story should progress. Your map should be visually stimulating with color coded branches and boxes.



When I’m first beginning a novel’s outline, I like to use mind maps to help generate characters and plot points. The character information will be plugged into various character sheets and the plot points and their branches are turned into outline bullet points.
Overall Plot Mind Map
    Start with a central Node, the title of your book.
    Create Hubs around it: Characters, Timeline, Settings, Plot.
    In each hub, brainstorm ideas that fit in each category.
    Turn your map into a general outline.
Next I generate mind maps for each of the points that I come up with in the hubs. Two examples are:
Character Generation Mind Map
    Write the name of your character in the center of a sheet of paper.
    Around the name, write several hubs around the name: emotions, habits, relationships, location.
    Around each of these hubs fill in the related information.
    Take this mind map and transfer the information you’ve brainstormed into your character sheet.
    Keep the mind map as a reference in the file with the character.
Plot Generation Mind Map
    Think of an moment in time that will happen in your novel.
    Create hubs around your central event node.
    Hubs: Characters in event, new events that spawn, emotions felt, character growth connected with event.
    Link each events node in a loose timeline to create a rough plot outline.
I am a paper person and write my mind maps in a composition notebook with my fountain pens. However, there are several programs that will create mind maps that are not only neatly printed, but will transfer directly into Word documents or into your Scrivener research files. One of the benefits of using these programs is that you can convert your mind map into an outline form in the program and plug this directly into Scrivener.
I have included a review of five of the the mind mapping software programs below. I have not been approached by any of the makers of these programs to review their software, this is simply my own recommendation. All of them are either free or have a basic starting program that is free of charge.
This was the first mind map program that I used when I started creating the maps. The program is free and easy to learn. I find that it is still somewhat linear in design and relies mainly on text. However, you can color code the text and branches and it does create a neat looking map. I can recommend it, but I do not find it as visually appealing as some of the other programs that are available on the Internet today.
I love the visual maps that this program creates. While it still retains the text based aspects of other software mind maps, it includes enough graphics to personalize your maps and make them more into the visual tools you need to create characters and plots. The program also will export your maps in a myriad of formats, such as Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, PDF, Text, RTF, HTML, PNG, JEPG, GIF, BMP, and Freemind, making it easy to integrate with MS Office or Scrivener. The program has a basic version that is free and a paid upgrade if you need more features. However, I find the free version seems to work well enough for most uses.
This mind map software is probably the most minimalist in the list, but sometimes being simple is an asset. You log into the service and can create a fully functional mind map using directional arrows and the insert key to add your nodes. Once you complete your basic mind map, you may export the file to a text outline, PDF, JPG, PNG, or GIF. If you choose to upgrade from the free version, it gives you the ability to export your maps to Freemind and you can make your map searchable.
Many people say that is is one of the more intuitive mind maping software systems available today. I enjoyed the free seminars on how to use the program to not only brainstorm ideas, but to use “your online brain” to keep your information handy and to use as a planner. This is another program that offers a free version and a paid one. It is compatible with Windows, Mac and Linux.
Prezi is rather new to me. It is a mind map and yet it plays like a powerpoint presentation. You can add in text boxes, videos, or images to serve as your nodes and hubs. I found it fun to use as a general mind map, but I can see more applications for the program as you learn to use it. This mind map program is only online. If you use the free version, all your data is searchable on the internet, so I would not recommend it to be used for anything you wish to keep private. The paid version offers more security for your data.





Monday, September 1, 2014

RINDU BERTAUT KASIH - AZIEANA



Harga runcit: RM28 (Semenanjung) RM31 (Sabah & Sarawak)
Harga online: RM26 (Semenanjung) RM29 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 978-967-0707-18-1

“Satu perkara yang paling mustahil dalam hidup aku ialah jika ditakdirkan suatu hari nanti aku jatuh cinta pada kau!”

Hafiz dan Sarah bukan nama yang sesuai untuk disatukan di dalam sekeping kad jemputan perkahwinan, tapi itulah yang berlaku apabila kedua-duanya sepakat untuk berkahwin.

Dek sejarah dirinya yang lalu, Sarah memilih untuk mengikut saja segala takdir yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memilih Hafiz asalkan janji yang sudah diikat bersama akan dapat dimilikinya suatu hari nanti.

Hafiz pula merasakan yang Sarah hanya layak dihina dan dijadikan sandaran untuknya mendapatkan kekayaan yang selama ini diidam-idamkannya. Tapi benarkah itu yang difikirkan oleh jejaka itu, atau… ia hanya sekadar helah bagi menutup perasaan sebenarnya selama ini?

“Ya... Sepuluh tahun cukup merubah apa saja tapi perasaan Abang Adam pada Sarah tak akan berubah biar pun masa terus berlalu.”

Abang Adam... Sudah lama nama itu tidak meniti di bibir Sarah. Dek kata-kata ugutan daripada Hafiz menyebabkan Sarah pernah melepaskan lelaki itu pergi dari hidupnya. Tapi mana mungkin rasa yang pernah dikongsi bersama itu hilang begitu saja?

Saat Hafiz mula menerima dan menganggap Sarah sebagai seorang insan yang istimewa dalam hatinya, datang pula Carolina, menagih kasih. Tapi haruskah dia mengikut kata hawa nafsu padahal hatinya sudah melekat dengan nama gadis bernama Sarah, isterinya sendiri? Dan saat rasa cinta itu pasti, Sarah kembali menuntut janjinya yang telah dimeterai… Adakah Hafiz akan menunaikannya?

“Abang Hafiz lupa apa yang telah kita persetujui? Abang Hafiz akan ceraikan Sarah tanpa menyentuh Sarah dan sebagai balasannya Sarah akan menyerahkan semua hak Sarah kepada Abang Hafiz... Abang Hafiz dah lupa?”

Layari www.october.my atau pm October @ October Love untuk pembelian secara online

PENCURI HATI VS PENEMBAK CINTA -AILAH DIELA



ISBN: 978-967-0707-16-7
RM30.00 -Semenanjung
RM33.00 - Sabah/Serawak


Sinopsis:
I want a girl with a short skirt,
And long... long jacket...
Kenapa Gun kata lirik lagu ni memang kena dengan Maira? Ah… Bagi Maira, Gun ni hanya tahu menembak saja. Menembak dengan kata-kata yang menyakitkan, menembak dengan pandangan mata… dan mampu juga menembak hingga menusuk ke dalam hati Maira sehingga Maira dapat rasakan… sesuatu!
“Kau pernah pakai tudung tak? Umi cakap, rambut perempuan tu aurat. Kenapa kau tak pakai? You must look so beautiful when you wear the scarf. I can imagine that. Mesti kau nampak cute gila kan?”
Maira semakin gelisah apabila ada satu rasa yang dia sendiri tidak pasti apabila bersama dengan Gun, lelaki yang dulunya dia gelarkan sebagai mr. naughty. Tapi bagaimana dengan tunangnya, Fatah? Mr. handsome yang selama ini Maira rasakan paling handsome, paling romantik dan mempunyai senyuman yang paling menawan itu? Adakah Maira telah curang dengan tunangnya sendiri? Ohhh… macam tak sesuai aje! Baginya, Fatah tetap segala-galanya. Gun hanyalah sesuatu yang belum pasti.
Adakah Gun telah berjaya membuatkan hati Maira berubah arah? Adakah hati Gun juga berjaya ditawan oleh Maira, seorang gadis yang penuh persona dan sentiasa dapat memikat mana-mana lelaki yang memandangnya? Dan adakah Fatah akan menerima semua itu dengan hati yang terbuka tanpa mahu mempertahankan cintanya terhadap Maira?
It’s true, my lovely hubbyYou are the most handsome guy that I have ever meet. Mata yang memukau pandangan. Hidung yang macho. Bibir yang tersangatlah seksi. Dan janggut kambing yang very interesting!”

BIASAN CINTA SEMALAM - UJI NORIZQI



Karya: Uji Norizqi
Harga runcit: RM23 (Semenanjung) RM26 (Sabah & Sarawak)
Harga online: RM21 (Semenanjung) RM24 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 978-967-0707-17-4

“Namun hati ini sentiasa berkata... kerana engkau yang pertama dalam hati... siapalah aku untuk membenci.”

Kalau kata-kata cinta itu dilontarkan oleh Azrul suatu ketika dahulu, saat rasa cinta itu begitu mendalam, mungkin Melia akan menerimanya dengan hati yang penuh berbunga-bunga. Tapi tidak lagi sekarang… Hatinya sudah ditumbuhi rasa benci terhadap lelaki itu semenjak lelaki itu menghina kesucian perasaan cinta itu.

Dan kini, Melia bukan Melia yang dulu. Dendam yang disimpannya semenjak dikecewakan oleh Azrul, membuatkan Melia lebih senang mempermainkan perasaan insan bergelar lelaki. Untuk jatuh cinta, tidak ada lagi buat gadis cantik itu. Tapi sampai bila dia harus terus begitu?

Setelah bermacam-macam ‘si dia’ lakukan untuk mendapatkan tempat dalam hatinya, akhirnya Melia nekad untuk membuka pintu hati yang sekian lama tertutup.


“Terserahlah dekat awak, saya tak boleh menghalang awak. Lagipun saya sendiri masih tercari-cari siapa sebenarnya jodoh saya.”

“Mel, izinkan saya jadi calon jodoh awak.”

Apabila dia sudah bersedia untuk menerima lamaran daripada insan bernama lelaki, mengapa masih ada rasa ragu-ragu itu?

Adakah Tuhan sudah mentakdirkan Melia untuk terus bersendiri dan terus kecewa dek kisah semalam yang penuh keperitannya? Atau sebenarnya… akan hadir seseorang yang benar-benar akan membawanya mengecap kebahagiaan yang diinginkan?

“Itulah hakikat hati. Sejauh mana aku cuba lari, sekuat mana aku cuba menafi aku takkan mampu menipu diri sendiri.”

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

Pada 23hb Ogos lalu, team October telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, di pejabat kami di Prima Saujana, Kajang.

Ramai juga yang telah datang memerihkan majlis kami hari itu. Turut serta penulis novel terbitan October: Izma Qaheira, Kathy Tuah, Ailah Deila dan juga Uji Norizqi.












Sunday, August 31, 2014

Pesta Buku Selangor 29 Ogos - 8 Sept 2014


Pesta Buku Selangor sudahpun dibuka pada 28hb Ogosdan akan berakhir pada 8hb September ini.
October juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara yang berprestij ini, melalui Online Book Seller di booth bernombor N19 di Pusat Konvensyen Shah Alam (ASACC).

Diskaun hebat juga ditawarkan untuk pembeli buku-buku novel, puisi dan cerpen kami. Jangan ketinggalan, cuti-cuti ini pergilah bersama keluarga anda dan dapatkan nashkah kegemaran anda sekarang.

Buku-buku kami yang anda boleh dapati dari sana adalah seperti promosi di bawah ini.


Sunday, June 15, 2014

MPH Book Fair

Pada 21 & 22 hb Jun yang lalu, Team October telah dijemput untuk memeriahkan lagi Pesta Buku MPH di Ruang Legar, Bangi Gateway. Kami juga sempat mengundang Syamnuriezmil, Ery Aieril dan juga Izma Qaheira, kesemua penulis di October untuk turut bersama kami. Terima kasih di atas kehadiran mereka.

Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar yang sempat kami snap pada hari itu.











Happy je semua, kan? Lain kali marilah turut serta dalam event October yea!




Sunday, June 1, 2014

CInta Depan Mata karya Kathy Tuah




CINTA DEPAN MATA
Karya: Kathy Tuah
Harga runcit: RM25 (Semenanjung) RM28 (Sabah & Sarawak)
Harga online: RM23 (Semenanjung) RM26 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 978-967-0707-13-6
Terbitan: October

“Kau jangan nak merepek, Liyana! Kita ni bukannya kekasih. Takkan tiba-tiba aje aku nak masuk meminang kau? Mengarut! Tak masuk dek akal, tahu?”

Betulkah hubungan antara mereka tidak boleh bertukar menjadi kekasih? Benarkah perasaan sayang tidak boleh mekar menjadi cinta?

Walaupun Nur Liyana dan Asyraf Zakuan merasakan ia sangat mustahil untuk berlaku, namun mereka akhirnya memilih untuk mencuba. Mencuba bersama atas gelaran tunangan seterusnya sebagai pasangan suami isteri. Asyraf Zakuan sedia melepaskan kekasih hatinya, Fatihah asalkan Nur Liyana tidak terlepas sekali gus jatuh ke tangan Syed Khairul yang sedang meraih cinta daripada gadis itu.

Nur Liyana pengsan apabila Asyraf Zakuan dengan beraninya mengucapkan I love you kepadanya. Namun gara-gara luahan cinta itu, Nur Liyana makin mencintai tunangnya sendiri. Setelah lama bermesra dan jeling-jeling mata, akhirnya rasa cinta itu wujud dalam hati kedua-duanya tanpa dipaksa. Dan Nur Liyana pasti… Asyraf Zakuan pasti… bahawa selama ini, cinta mereka ada di depan mata saja.

Sedang hati hampir bersatu, sedang jiwa sudah sama rentaknya, Nur Liyana digemparkan dengan berita yang tidak pernah disangka-sangkanya. Dia bakal kehilangan Asyraf Zakuan!

“Abang dah tak sayangkan Liyana ke? Nak tinggalkan Liyana sorang-sorang dalam dunia ni? Abang tolonglah jangan tinggalkan Liyana. Liyana tak boleh kehilangan abang. Liyana sayangkan abang. Terlalu sayang,”

“Abang takkan tinggalkan Liyana tanpa sebab, sayang. Ingat tu.”


Sunday, May 4, 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 telah berlangsung daripada 24hb April hingga 4hb Mei, 2014. Team October sungguh terharu dengan sokongan daripada anda semua yang disayangi. Terima kasih daun keladi kami ucapkan kepada followers dan juga customers yang baru mengenali kami di sana. Tak lupa juga kepada Geng Hantu Novel, Team October dan juga penulis-penulis kami.



Di sini, kami ingin berkongsi suasana mesra dan penuh kasih sayang di booth kami sepanjang pesta tersebut.

 

Penulis Izma Qaheira (Dia....Aku Punya) yang comel telah bersama kami pada 3hb dan 4hb Mei, 2014 dan bertemu dengan followersnya.

 

Penulis Mia Kiff (Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku) telah bersama kami pada 2hb dan 3hb Mei, 2014 dan sempat membawa hadiah istimewa untuk yang pertama bertemunya.


Jeles kan tengok t-shirt tu :)

 

Ha,,,,inilah Ery Aeiril (Sepet Jodohku), satu-satunya penulis lelaki di October buat masa ini. Amacam......handsome kan? Ramai peminatnya...especially dari yang remaja.....dan juga mak si remaja (boleh buat anak ikan, kataya :) ).

 

Ini...Aima Chan, penulis Himpunan Puisi Palit Merah Jambu bersama peminatnya. Sweet je kan...

Penulis baru di October, Dalila Sofea (Melbourne, Aku Ingin Pulang) juga telah datang dan memeriahkan booth October pada 26hb April, 2014

 



Tu dia.....Cik Syamnuriezmil (Novel Suami Tanpa Cinta dan Koleksi Cerpen Tercipta Untuk Mu)  juga turut bersama kami. Hebatkan?

Di bawah ini kami kongsikan juga kekekwatan di booth October sepanjang PBAKL 2014 ini.

 




















Tuesday, April 15, 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL 2014


Pesta Buku Antarabangsa KL datang lagi. Kali ini ia akan diadakan pada 24 hb April hingga 4hb Mei 2014.
Team October akan berada di sana untuk menemui anda semua yang disayangi. Datang ya, jangan tak datang.

Kami  menerima baucar buku 1 Malaysia dari sekarang...baik untuk belian di pejabat kami dan juga di PBAKL nanti. Pastikan anda telah mengisi nama, nombor Kad Pengenalan (jangan lupa bawa kad pengenalan) dan juga nombor telefon. Di belakang baucar, pastikan juga pihak universiti atau kolej tempat anda belajar telah 'stamp' di petak yang berkenaan.

Di antara buku-buku yang kami akan bawa ke PBAKL adalah:

  





Kami juga telan menyusun sesi bersama Penulis untuk anda beramah mesra dan medapatkan tandatangan Penulis. Tarikhnya akan diumumkan nanti.

Kami akan melancarkan 2 buah novel terbaru kami di PBAKL nanti.............Jumpa anda di sana ya!!