Saturday, October 12, 2013

Friday, October 11, 2013

Menyambut Birthday di October

Kami telah mula bekerja di ofis baru mulai 7 Oktober, 2013. Mulai sekarang kena bekerja keras untuk mencapai matlamat kami.

Dalam kesibukan bekerja, sempat juga kami menyambut birthday rakan sekerja kami, Rohaida Abdul Rahman. Di bawah ini dipaparkan saat-saat manis kami di ofis baru.

Kepada Rohaida, semoga permulaan syahdu ini akan menghasilkan bait-bait cinta yang berbunga dan harum sepanjang zaman. All the best to US, insya Allah....













Tuesday, October 8, 2013

October......Kami Sudah Sedia

Sudah hampir seminggu kami berhempas-pulas dalam menyediakan ofis baru kami. Dengan semangat waja, kami menyapu, memop, mengecat dan selepas itu menyopping pula untuk perabut dan kelengkapan ofis.

Sekarang kami telah mula bertugas di ofis baru dengan kelengkapan yang ala kadar. Insya Allah...niat murni kami untuk membantu mereka yang ingin menerbitkan novel mereka, pengedar-pengedar kecil Melayu dan juga menyediakan peluang menjana wang dengan novel-novel cinta kami diperkenankanNya.

Kami sungguh teruja dengan mendesign logo baru, pemilihan warna Korporat dan juga membina jenama baru kami.

Nantikanlah pengumuman seterusnya daripada kami. Terima kasih kepada yang masih bersama kami. Di sini kami selitkan gambar sekitar kesibukan kami dalam 5 hari yang lepas.