Wednesday, August 14, 2013

Tips untuk menulis dari Top Ten penulis terkenal dunia


Dalam video ini, anda akan mendapat 10 Tips yang berguna daripada Penulis yang terkenal di dunia.


Di bawah ini saya juga kongsikan tips yang sungguh berharga daripada Stephen King:
1. Tulis untuk diri sendiri, kemudian baru fikirkan audien. “Bila anda menulis sebuah cerita, anda sedang bercerita pada diri sendiri dahulu. Kemudian, apabile menulis semua ceritanya, ia akan keluar seperti bercerita pada orang lain, atau audien anda.

2. Jangan guna suara yang pasif. 
“Penulis yang malu-malu (newbies) suka dengan kata kerja yang pasif, sama seperti kekasih yang malu-malu suka kepada teman yang pasif. Suara yang pasif memang selamat. Seorang penulis yang malu-malu akan menulis " Mesyuarat akan diadakan pada jam tujuh malam ini" kerana dia mempercayai, " Buat ayat macam ini dan orang akan betul-betul tahu. "Hapuskan cara pemikiran begini! Tegakkan bahu anda, keluarkan dagu anda, dan mesyuarat itu akan berjalan dengan lancar! Tulislah "Mesuarat pada jam tujuh malam". There, by God! Don’t you feel better?”
3. Elakkan  adverba (kata keterangan). “ Itu bukanlah teman anda". Fikirkan ayat “Dia menutup rapat pintu itu." Ia bukanlah ayat yang teruk, tetapi bertanya pada diri anda sendiri, adakah 'rapat' itu perlu berada di dalam ayat itu. Bagaimana pula dengan konteks? Bagaimana pula dengan penyedaran (bukan berkata dengan emosi yang boleh menyentuh) prosa yang ditempatkan sebelum “Dia menutup rapat pintu itu."? Bukankah ia sudah memadai untuk bercerita bagaimana dia menutup pintu itu? Dan jika  prosa yang selepas itu ada memberitahu kita, bukankah 'rapat' itu perkataan yang ekstra? Adakah ia 'berlebihan'?

4. Elakkan Adverba, terutama selepas "dia berkata" “ Menulis adverba adalah naluri insan yang semula jadi, untuk menulis "dia berkata" adalah lebih indah.
5. Jangan terlalu obses dengan tatabahasa yang sempurna. "Bahasa tidak selalunya perlu memakai tali leher dan kasut yang bertali (terlalu formal)." Tujuan fiksyen bukanlah untuk tatabahasa yang sungguh sempurna tetapi untuk membuat pembaca dialu-alukan dan kemudian bercerita........untuk membuat dia lupa, kalau boleh, yang dia sedang membaca sebuah cerita" 
6. Keajaibannya adalah di dalam diri anda.  “Saya betul-betul yakin bahawa ketakutan adalah akar umbi setiap tulisan yang teruk. Seorang yang bodoh boleh terbang dengan pertolongan sehelai bulu ayam; anda 
mungkin terasa keinginan untuk menggunakan kata kerja yang pasif atau salah satu adverba untuk sebab yang sama. Cuma ingat bahawa sebelum anda berbuat demikian, si Bodoh tidak memerlukan bulu ayam itu; keajaiban ada dalam dirinya sendiri."
7. Baca, baca, baca. “Anda perlu banyak membaca, seringkali menapis dan menakrif hasil kerja anada. Jika tiada masa untuk membaca, anda pasti tiada masa (atau alat) untuk menulis." 
8. Jangan risau tentang membuat orang lain gembira. “Membaca sambil makan ditakrifkan sebagai satu perbuatan yang biadap dalam masyarakat yang sopan, tetapi jika anda mahu berjaya sebagai seorang penulis, biadap adalah yang kedua yang anda perlu bimbangkan. Jika anda ingin menulis yang sebenar-benarnya' hari anda sebagai penulis akan berakhir tidak lama lagi."  
9. Tutup TV. “Tutup TV—semasa menulis—ini adalah yang paling tidak diperlukan oleg seorang penulis yang sedang berputik. Anda mesti bersedia untuk serious terhadap kehidupan imaginasi anda. 
10. Anda ada tiga bulan. “Draf pertama manuskrip—walaupun yang panjang—perlu mengambil tidak lebih daripada tiga bulan." 
11. Tiada rahsia kepada kejayaan. “Cuma jaga kesihatan fizikal, dan juga rumahtangga anda. Kombinasi badan yang sihat dan perhubungan yang stabil dengan pasangan anda membantu anda untuk lebih berkarya." 
12. Tulis ayat satu persatu. Kerja selalunya siap dengan menulis ayat satu-persatu 
13. Hapuskan gangguan. “Sepatutnya, tiada telefon dekat dengan anda menulis, tiada TV atau permainan video untuk anda gunakan semasa menulis. Jika ada tingkap, tutup langsir, tetapi janganlah sampai nampak seperti dinding yang kosong." 
14. Tetapkan stail sendiri . “Seseorang itu tidak boleh meniru pendekatan seorang penulis lain untuk sesuatu genre, walaupun apa yang dipraktikkan nampak mudah. Perbendaharaan kata adalah tidak sama dengan perasaan dan kebenarannya plot hanya difahami oleh minda dan hati." 
15. Gali. “Cerita adalah benda yang dijumpa, seperti fosil di dalam tanah. Cerita bukanlah t-shirt atau permainan. cerita adalah peninggalan, sebahagian daripada dunia yang belum diterokai. Tugas penulis adalah untuk menggunakan alat-alat yang sesuai untuk menggali seberapa banyak yang boleh daripada dalam tanah."
16. Berehat bila boleh. “Jika anda belum pernah membuatnya sebelum ini, anda akan dapati membaca buku sendiri selepas enam minggu berehat, boleh menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan. Ia adalah hasil pena anda, anda akan kenali ia sebagai hak anda, dan juga boleh mengingati irama apa yang berkumandang semasa anda menulis ayat-ayat itu, dan ia juga seperi membaca hasil kerja seseorang yang lain, kembar jiwa anada mungkin."  
17. Buangkan bahagian yang boring. “Buangkan bahagian yang membosankan. Anda disyorkan untuk memotong bahagian yang bosan untuk mendapatkan mempercepatkan tempo, dan inilah yang membuat penulis akhirnya terpaksa membuang bahagian-bahagian itu (kill your darlings, kill your darlings, even when it breaks your ecgocentric little scribbler’s heart, kill your darlings.)”
18. Kaji selidik and tidap sepatutnya terlalu membayangi cerita anda. “Jika anda perlu membuat kaji selidik kerana ada bahagian cerita anda yang berkaitan dengan perkara yang anda tidak pernah tahu atau tahu sedikit sahaja, ingatkan perkataan itu balik. Anda mungkin teruja dengan ilmu yang anda baru pelajari, tetapi pembaca anda mungkin lebih meminati karakter dan cerita anda." 
19. Anda menjadi penulis hanya dengan membaca dan menulis. “Anda tidak perlu kelas menulis atau seminar lagi. Anda belajar dengan baik hanya dengan banyak membaca dan menulis, dan pelajaran yang paling mahal adalah yang anda yang anda ajar diri sendiri" 
20. Menulis adalah untuk mendapat kepuasan. “Menulis bukanlah untuk membuat duit, menjadi terkenal, mendapat date atau teman-teman. Di akhirnya, ia adlah untuk memperkayakan hidup mereka yang membaca hasil kerja anda, memperkayakan hidup anda, menjadi lebih baik dan lebih happy. Menulis adalah sesuatu yang ajaib, seperti air dalam hidup kita.....air itulah percuma, jadi minum." 
Tips yang mana yang anda paling suka?